Sunday, August 2, 2015

Zaman Sekolah, Zaman Matrikulasi, Zaman Universiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Hari ni Abang  nak buat perbandingan antara ketiga-tiga zaman ni.

Zaman Sekolah
sebagai permulaan aku cuma bersekolah di sekolah harian untuk iaitu
SK TOH TANDEWA SAKTI dan SMK HAMID KHAN (UPSR2005)(PMR2008)(SPM2010),
exam upsr pmr n spm aku semua result biasa2 je.tak gempak mana pun.waktu zaman sekolah,seperti biasa kita terikat dengan peraturan sekolah.datang awal sekolah jam 7 pagi , perhimpunan sekolah jam 730 kelas sampai tengahari atau petang.ada kelas tambahan,kokurikulum,sukan dan lain2 lagi.kalau  datang lewat ke sekolah,mcm biasa lah,kene tahan pengawas dan nama anda dicatit.ak taknak cerita sangat zaman sekolah ni sebab semua orang pun ada pengalaman masing-masing.macam aku ni dulu budak nakal sikit..hehe..wanted la jugak tapi dah masuk sekolah menengah baru la sedar,kita hidup ini cuma satu sahaja,iaitu mencari keredaan dari yang maha esa.

Zaman Matrikulasi
Alhamdulillah setelah,Keputusan Kemasukan Matrikulasi,
dikeluarkan aku telah mendapat tawaran dari Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)
Terdapat Dua Program.Iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT)
dan terdiri 3 Modul,Iaitu Modul 1 (Biologi,Kimia,Fizik,Math) , Modul 2 (Kimia,Fizik,Math,ICT) dan Modul 3 (Biology,Kimia,Maths,ICT) dan Akaun (Ekonomi Asas,Prinsip Perakaunan,Matematik dan lain-lain). Bagi Subject English,Kemahiran Dinamika,Pendidikan Islam/Moral dan Koko adalah matapelajaran wajib bagi di Matrikulasi.

Pendaftaran dan Orentasi di Matrikulasi
aku mengambilAku di Matrik mengambil Program Dua Tahun, modul 3,
sebab aku minat biologi. x minat fizik okeyh :') add math pn ckup makan.xminat math cite dia.
So Dua tahun la aku menapak kt kmpk ni.Aku mendaftar pada bulan mei 2011.
Orentasi atau dikenali sebagai Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) selama seminggu.kita akan dipecahkan mengikut program,PST PDT dan Akaun,Kita dikumpulkan semula melalui Kumpulan Mentor Menti (KMM) iaitu terdiri dari rakan-rakan seProgram kita,sama ada PST,PDT atau Akaun.
MPPB ni agak menarik jugak,sebab banyak program diterapkan dalam seminggu contoh,life as matriculation student,tips-tips nak survive,nak score 4 Flatttt....tapi keburukan dia korang akan tidur lewat dan bangun awal.Para Fasilitator dikenali sebagai abg n kakak AJKO.Mereka ni akan guide kita selama seminggu.Pelajar Matrikulasi juga akan menerima Elaun selama RM250 sebulan untuk perbelanjaan selama sebulan.korang akan dapat setiap bulan so total RM1250 selama lima bulan.
aku dua tahun,so dapat lah elaun RM2500.okay lah buat belanja makan2.

Makanan dan Minuman
Pasal makan dan minuman kat sini jangan risau,harga diorang murah-murah je.kt KMPk ni ada 4 Kafe,iaitu Kafe A , Kafe B dan C  Serta Kafe Pentadbiran.makanan paling best kt kafe C la bagi aku time tu,sebab ayam goreng dia memang sedap. aku selalu makan nasi+sayur+ayamgoreng+paprik = Rm 4.00 je...kekadang boleh dapat RM 3.50.Air pun murah,semua seringgit je.Then dia ada K-siswa iaitu Kedai Serbaneka untuk beli barangan keperluan,dia ala2 kedai runcit.

Pelajaran Dan Pembelajaran
Saya tekankan disini Pembelajaran Di Matrikulasi adalah pada setiap hari,iaitu Isnin-Jumaat
Kelas Bermula Jam 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang,tengahari tu ada rehat jam 1.00-2.00.

Kokurikulum
Kokurikulum akan ada seminggu sekali,iaitu pada waktu pagi antara hari isnin-jumaat
bergantung kepada jadual waktu yang diterima korang.

Aktiviti dan Program
Di Matrikulasi,terdapat banyak aktiviti dan program yang ada,so korang kena lah rajin dan aktif kat matrik ni supaya dapat kumpul markah merit yang tinggi dan kumpul banyak-banyak sijil supaya nanti senang korang nak masuk Universiti.kalau nak jadi wakil pelajar boleh bertanding sebagai Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan lain-lain lagi.

Outing dan Balik Cuti Hujung minggu
Outing dan balik hujung minggu dibenarkan sekiranya tiada program pada hujung minggu tersebut.
pakaian outing bergantung pada matrik korang,time aku dulu pakaian bebas je.takda pulak kena pakai baju yang spesifik.Urusan keluar masuk matrik adalah pada jam 7.00 pagi - 7.00 malam sahaja,
selepas waktu ini anda tidak dibenarkan masuk atau keluar.sekiranya lewat pulang,nama akan dicatit tapi xda apa pun sebab nak buat rekod je.

Continuous Assement dan Peperiksaan
Untuk continuous assement, untuk setiap subjek akan ada quiz,jadi korang kena be prepare apabila setiap chapter yang dah habis supaya korang tak blank bila dapat quiz dengan mengejut oleh lecturer.
Peperiksaan ada Ujian Pertengahan Semester(UPS) dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM).UPS akan merangkumi 10% untuk markah carry mark.manakala PSPM akan menetukan gred korang.So korang kena belajar betul-betul untuk score 4.00.jangan main-main okay ;)

Life di Matrikulasi
walaupun orang kata susah,tapi sebenernya tak susah pun,Aku menikmati 2 tahun di zaman matrikulasi,memang banyak kenangan kat KMPk,kita kena kawan dengan semua orang,jangan sombong,kena baik dengan para pensyarah,tips nak score senang je,korang selalu jumpa pensyarah,kalau tak faham boleh tanya,kalau malu bertanya nanti sesat jalan.aku join JPP,banyak program aku join,sebab aku suka berprogram,sampai sekarang kat Universiti pun sama.just be yourself,jadi lain dari yang lain,jangan ikut orang,kelak nanti kita melepas peluang yang datang,aku memang bercita-cita nak masuk matrikulasi walaupunpun,biasa2 je :).Alhamdulillah aku Score kat Matrik dan Akhirnya aku mendapat tawaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
jangan ingat PDT tak boleh masuk IPTA, yang pasti belajar baik-baik.nakal tu stndard la kn.haha


Zaman Universiti
Aku melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia,Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri dengan Kepujian,Fakulti Sains Kesihatan UKM selama 4 Tahun.Mendaftar pada September 2013 di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN),UKM Kampus Kuala Lumpur di Jalan Temerloh,Sebelah Taman Tasik Titiwangsa.Selama Seminggu Berorentasi disini,kami diberi tunjuk ajar oleh abg dan akk Pemudah Cara (PC) iaitu dari pelbagai kursus di UKMKL ini.Disini Terdapat 3 Fakulti,iaitu Fakulti Sains Kesihatan,Fakulti Farmasi dan Fakulti Pergigian.

Kolej Kediaman
Kehidupan di Alam Universiti agak bebas berbanding matrikulasi.Jadi kita perlu jaga diri kita sendiri kerana kita mungkin akan dapat kejutan budaya (culture shock),disini (KTSN) terdapat 9 Blok kediaman iaitu Blok A hingga J , Blok Lelaki adalah D dan E selebihnya Blok Perempuan. Terdapat Satu Kafeteria,Dewan Serbaguna (DSG),Bilik JAKSA,Pusat Komputer TOH PUAN,GYM dan Pejabat Pentadbiran serta kediaman Pengetua,timbalan pengetua dan felo.

Fakulti
Terdapat 3 Fakulti,iaitu Fakulti Sains Kesihatan,Fakulti Farmasi dan Fakulti Pergigian.
untuk ke fakulti kita perlu menaiki bus catar iaitu disediakan oleh pihak universiti,tak perlu bayar kerana telah termasuk di dalam yuran yang anda bayar,menaiki bus akan mengambil masa 10-15 minit bergantung kepada trafik di bandaraya kuala lumpur,Jika ingin berjalan kaki,ia mengambil masa selama 30 minit untuk ke fakulti,diingatkan kita haruslah berjalan berkumpulan kerana kita tidak tahu,pelbagai kemungkinan boleh berlaku di bandaraya kuala lumpur ini.

Kenderaan
Mahasiswa boleh membawa kenderaan di dalam Kolej Tun Syed Nasir,tapi perlu mengambil pelekat kenderaan di bahagian keselamatan kampus kuala lumpur di fakulti.Motosikal dibenarkan dibawa ke fakulti manakala kereta tidak dibenarkan dibawa ke fakulti atas kekurangan tempat parking.
Mahasiswa Tahun 1 hanya dibenarkan membawa Motosikal sahaja manakala Kereta adalah Tahun 2 dan Seterusnya.

Makanan dan Minuman
Makanan dan Minuman boleh didapati di kafe Kolej dan Kafe Fakulti.
Di Kolej hanya terdapat satu kafe sahaja manakal di fakulti terdapat pelbagai jenis makanan.
kalau nak makan  kat luar boleh pergi ke kampung bahru dan di jalan semarak

Akses ke Bandar
Memandagkan UKMKL di tengah bandaraya Kuala Lumpur,jadi ianya tidak menjadi masalah untuk ke Bandar atau membeli barangan keperluan di sini.

Waktu Keluar Masuk Kolej Kediaman
Waktu Keluar masuk adalah pada Jam 6.00 Pagi hingga 12.00 Malam.Sekiranya lewat pulang
anda perlu menyatakan sebab munasabah kelewatan itu dan tulis nama di logbook bahagian keselamatan di pintu masuk kolej.

Pelajaran dan Pembelajaran
Kelas di Universiti adalah berbeza berbanding matrikulasi,
kelas adalah mengikut berdasarkan jam kredit yang kita ambil pada semester itu.jika rendah maka kelas akan kurang manakala jika tinggi jam kredit,kelas kita akan padat.

Life di Universiti
Alhamdulillah,setakat ni baik-baik sahaja,tak da masalah sangat.kita follow the flow,kerana course aku ni banyak kerja lapangan dan aku suka.sekarang nak masuk tahun 3,aku juga merupakan ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) KTSNd,aku akan jadi pemudah cara Kolej Tun Syed Nasir untuk intake 2015/2016,kalau ada adik-adik yang dapat masuk UKMKL boleh la tanya atrau reply kat post.Abg boleh tolong,dont worry okeyh :D